Happily Ever After

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

KEHILANGAN !!

Kini dia hilang meninggalkan aku . Aku hanya berserah kepada Tuhan . Aku berdoa supaya dia terus gembira dalam menjalani kehidupannya . Walaupun tiap2 malam aku asyik teringat dekat dia . Tak tau macam mana nak cakap lagi . Harap2 dia akan jumpa lelaki yang lebih bagus dari aku . Aku minta maaf segala kesalahan aku selama ni . Maki dia , pukul dia . Aku buat begitu kerana aku sayang kat dia . Tp jelas aku bukan lelaki yang sesuai untuk dia . Apa2 pun selama 9 bulan , aku rasa happy sangat . Aku tak berdendam dah . Just sedih atas apa yang berlaku . Maybe semua punca dari aku . Tp nasi dah jadi bubur . Nak cakap apa lagi kan . Aku sekarang happy dengan hidup aku bersama rakan2 yang ada selalu di samping aku . Cuma happy di dalam . Kenangan kita sampai di sini sahaja . Terima kasih banyak2 kerana kau byk mengubah hidup aku . Aku gembira bertemu family kau . Bg aku family kau perfect . Aku seronok dapat kenal semua walaupun ada segelintir yang tak boleh terima aku . Tak tak kisah lah . Harap lepas ni ada lelaki yang boleh jage kau . Aku tak sempurna untuk kau . Jika kau baca note ni , cuma baca dan abaikan . Aku taknak kau teringah kembali dan aku hancurkan hidup kau sekali lagi . Akhir kata , semoga kau happy di samping orang yang tersanyang .

- Nazrul Omar :)

Thursday, December 16, 2010

Flapjack Oh Flapjack :)

sayang, kenapa kau ni comel sangat ya? kaulah cartoon yang paling aku suka tahu tak. cerita-cerita kau kat channel 616 pun sangat kelakar dan too sweet sayang. even do kapten knuckles suka buli kau dan buat aku marah kau tetap chill kan. bubbie sangat sayangkan kau sampai aku pun jealous tahu. apapun kau terbaik okay. aku harap sangat nanti bila aku dah berkahwin, anak aku macam kau. secomel kau. haishh. kau ni cuma cartoon/ada betul-betul? yalah, maksud aku kau ni kalau jadi manusia  mesti ramai orang sukakan kau. kan? termasuk aku! tapi kau kena tahu, kau ada kembar iaitu anak mak uda (makcik akoy) sebiji macam kau. aku gelarkan dia pun flapjack. sebiji sangat cuma rambut warna hitam lah kan. orang melayu. haha. haish, kalau dapat mimpikan kau kan best. selalu asyik mimpikan akoy saja. naik bored. haha. akoy, sorry saya gurau lah. muahh. apapun flapjack, aku sayang kau. macam bubbie. hahaha.lagi satu aku tak pernah missed tengok cerita kau tau. sekarang pun cerita tengah main ni. aku tulis blog untuk kau sambil tengok cerita kau. saja nak kau tahu. hehe. ichi leibe flapjack, ichi leibe akoy (<3)

Pan's Labyrinth :)

ya, ini salah satu favourite movie aku. mula-mula aku tengok cerita ni kat astro channel 121. tapi sekarang channel ni dah tak ada. cerita ni terbaik dan sampai sekarang aku minat. selalu berdoa agar keluar lagi. dulu pernah keluar kat channel citra 131. aku tak pernah missed okay. sanggup tak keluar semata-mata nak layan cerita ni. tengok sampai 40 kali pun tak akan bosan. bagi aku lah. sebab aku suka cerita macam ni. cerita best music pun terbaik. sampai boleh buat orang menangis lah kan. haha. tak sia-sia menang award kan? apapun harap cerita ni keluar lagi. aku nak sangat tengok. dah cuba cari CD tapi tak jumpa -.-

December 16, 2010 :)

bie, tarikh ni sangat bermakna buat saya. kedua bermakna untuk saya. yang pertama awak pun tahu tarikh apa kan? October 10, 2010. macam-macam kita dah lalui bersama kan? baik dan buruk. segalanya kita dah lalui. saya harap benda tu tak akan berlaku lagi. ya, saya akan berubah. apapun untuk awak. saya nak awak seorang saja. semalam best sangat dapat spent time dengan awak. macam-macam kita borak kan? gelak besar sama-sama. cerita macam-macam. tak sorok apa-apa. dah lama kita tak macam ni kan? happy sangat. harap berkekalan. saya janji tak akan tipu awak lagi dan harap awak pun macam tu. semalam saya dah jujur dan bagitahu segalanya pada pada. lega rasanya. saya pun tak akan buat awak serabut dan takkan buat awak rimas dengan saya. saya terlalu sayangkan awak. saya cuba jadi yang terbaik untuk awak ya. janji saya. saya janji saya tak akan berubah even do saya dah kerja/sambung study nanti. awak tetap di hati saya. wahh. haha.apapun terima kasih sebab still terima saya. saya harap awak ikhlas dan bukan terpaksa. jangan risau apa yang saya nak buat saya akan tanya dan minta pendapat awak ya. awak terbaik. eceh cehh. ichi leibe bie <3

Tuesday, December 14, 2010

Minta maaflah, bukan sengaja -.-

bie, maaflah. saya tak tahu awak akan marah. hmm. benda saya ingat untuk suka-suka. saya delete dia okay? tapi awak jangan tinggalkan saya. awak tak suka awak cakap okay? tak perlu nak guna kau dan aku. saya tahu silap saya saya dah minta maaf. kalau awak maafkan kenapa still nak sound? hmm. sekarang keputusan kat tangan awak. buatlah apa nak buat.

My Only You :)

hi sayang, terima kasih kalau dah baca ya. saya cuma nak bagitahu yang saya sayangkan awak. saya janji tak akan sakitkan hati awak lagi ya. cuma awak saja yang saya nak. saya dah serik dengan apa yang terjadi. cukup-cukup lah awak hukum saya selama 2,3 hari yang lepas. saya dah tak sanggup lagi. harap awak faham kenapa. saya dah rasa apa yang awak rasa dulu. what you gives you get back. so, saya takkan balas apapun yang awak buat. saya cuba faham. maafkan saya ya. lepas ni kalau kita ada masalah kita cuba solve sebaik mungkin ya? saya takut akan jadi benda yang sama dulu. even kecil masalah tu. nanti kalau kita gaduh lagi for sure perempuan tu akan suka dan gelakkan kita lagi kan? so, apa kata kita tunjuk pada dia yang dia boleh kekal. betul tak? saya bukan nak bergaduh cuma dia yang mulakan dulu. saya dah diam kot. hmm. then dia kutuk-kutuk awak kat saya. macamlah saya percaya. errr. tolonglah. haha. okay lah bie, nanti saya tulis lagi ya. ichi leibe bie (<3)

eh sebelum terlupa, okay tak blog baru kita ni? cantik tak? haha. maklumlah bila perempuan yang ubah. warna agak gediklah kan. warna purple ada bie, tapi corak kurang. nanti orang tunjuk semua pilihan background pada awak ya?